PENGERTIAN ILMU TAJWID :
1)BAHASA : Mengelokkan atau mencantikkan .
2ISTILAH : Suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul .
HUKUM ILMU TAJWID :
Mempelajai ilmu tajwid adalah fardhu kifayah . Mempraktikkannya dalam bacaan pula adalah fardhu 'ain .
Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah , dengan erti kata , mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seseorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu tajwid bagi masyarakat setempat . Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar orang yang mahir dalam ilmu tajwid dan mnjalankan kewajiban mengajarkannya , maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.
Ulama' telah sepakat bahawa mengamal atau mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan Al-Quran adalah wajib fardhu ain ke atas setiap muslim . Apabila seseorang itu mahu membaca Al-Quran , walaupun sedikit , dia mestilah membacanya dengan tajwid yang betul tidak kira samada dia pernah mempelajarinya atau tidak .
DALIL WAJIB TAJWID DALAM PEMBACAAN ;
DALIL DARI AL-QURAN :
1 ) Al-Muzammil : 4 ( "Bacalah Al-Quran itu dengan tartil" )
2 ) Al-Furqan : 32 ( " Dan Kami (Allah) telah bacakan Al-Quran kepada Muhammad S.A.W secara tartil " )
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAJWID :
1 ) Memelihara diri dari melakukan kesilapan atau kesalahan dalam membaca Al-Quran.
2 ) Merasa yakin dengan ketepatan bacaan dan tidak ragu-ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tepat dalam Al-Quran .
3 ) Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana memelihara bacaan Al-Quran .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan