Ulum Al-Quran (2)

BIDANG DAN SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

  1. Ilmu Tafsir dan Ta'wil
  2. Ilmu I'rab Al-Quran
  3. Ilmu Qiraat
  4. Ilmu Nasikh dan Mansukh
  5. Ilmu Sebab Nuzul
  6. Ilmu Fadail Al-Quran
  7. Ilmu Makki dan Madani
  8. Ilmu Nuzul Al-Quran
  9. Ilmu Gharib Al-Quran
  10. Ilmu Amthal Al-Quran
  11. Ilmu Majaz Al-Quran
  12. Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat
  13. Ilmu Jadal Al-Quran
  14. Ilmu Aqsam Al-Quran
FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN
  1. Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Al-Quran .
  2. Menambah keyakinan kepada pengkaji Al-Quran bahawa ia merupakan sebuah kitab suci dari Allah dan bukannya ciptaan manusia .
  3. Mengetahui sejarah dan perkembangan Al-Quran semenjak ia diturunkan sampai sekarang . 
  4. Membantu pengkaji untuk memahami kandungan Al-Quran serta mengeluarkan hukum daripadanya .
  5. Dapat mentafsir Al-Quran dengan baik .  

ILMU TAJWID (1)

PENGERTIAN ILMU TAJWID :


1)BAHASA : Mengelokkan atau mencantikkan .
2ISTILAH : Suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul .


HUKUM ILMU TAJWID :


Mempelajai ilmu tajwid adalah fardhu kifayah . Mempraktikkannya dalam bacaan pula adalah fardhu 'ain .


Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah , dengan erti kata , mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seseorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu tajwid bagi masyarakat setempat . Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar orang yang mahir dalam ilmu tajwid dan mnjalankan kewajiban mengajarkannya , maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.


Ulama' telah sepakat bahawa mengamal atau mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan Al-Quran adalah wajib fardhu ain ke atas setiap muslim . Apabila seseorang itu mahu membaca Al-Quran , walaupun sedikit , dia mestilah membacanya dengan tajwid yang betul tidak kira samada dia pernah mempelajarinya atau tidak . 


DALIL WAJIB TAJWID DALAM PEMBACAAN ;


DALIL DARI AL-QURAN :
1 ) Al-Muzammil : 4 ( "Bacalah Al-Quran itu dengan tartil" )


2 ) Al-Furqan : 32 ( " Dan Kami (Allah) telah bacakan Al-Quran kepada Muhammad S.A.W secara tartil " )


FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAJWID :


1 ) Memelihara diri dari melakukan kesilapan atau kesalahan dalam membaca Al-Quran.


2 ) Merasa yakin dengan ketepatan bacaan dan tidak ragu-ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tepat dalam Al-Quran .


3 ) Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana memelihara bacaan Al-Quran .

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Tauliah Guru Al-Quran

Ulum Al-Quran (1)

Pengajian yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran merupakan salah satu bidang yang penting untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau mentafsirkan apa yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih sempurna.


Sahabat yang alim dan terkenal dalam bidang Tafsir dan Ulum Al-Quran :
1) Khulafah Ar-Rasyidin
2) Ibnu Abbas
3) Ibnu Mas'ud
4) Ubai Bin Ka'ab
5) Zaid Bin Thabit
6) Abu Musa Al-'Asy'ari
7) Abdullah Bin Al-Zubir


Tabi'in yang alim dan terkenal dalam bidang Tafsir dan Ulum Al-Quran :
1) Qatadah
2) 'Ata' Bin Yasar
3) Mujahid
4) Sa'id Bin Jubair
5) Hassan Al-Basri
6) Zaid Bin Aslam


PENGERTIAN ULUM AL-QURAN


1) BAHASA: Segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran
2) ISTILAH :  Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang Al-Quran dari segi penurunannya , sanadnya , adabnya , maknanya , lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengnnya.


 TAHAP PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN


1) Sebelum Dibukukan :
Rasulullah dan para sahabat merupakan orang dan golongan yang paling arif dan faham tentang isi kandungan al-Quran dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengannya . Walaupun begitu , kearifan dan kefahaman mereka tehadap al-Quran belum ditulis dan belum dikumpulkan dalam bentuk buku . Hal iu disebabkan mereka pada waktu itu tidak perlu dan tidak terdesak untuk berbuat demikian . 


2)Ke Arah Penulisan Bentuk Buku :
Pada zaman Saidina Uthman , mula berlaku percampuran di antara orang Arab dengan bangsa-bangsa lain . Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan akan terhakis keistimewaan kearaban bangsa Arab . Pada masa yang sama juga telah timbul perselisihan dalam membaca al-Quran . Oleh sebab itu khalifah Uthman telah memerintahkan supaya al-Quran disalin dalam satu mashaf yang rasmi . Tindakan itu telah dianggap meletakkan batu asas kepada satu ilmu yang dikenali sebagai ilmu Rasm al-Quran atau ilmu Rasm al-Uthmani .


Seterusnya pula terdapat sejumlah para sahabat dan tabi'in telah meletakkan asas bagi bidang ilmu Tafsir , ilmu Asbab al-Nuzul , ilmu Nasikh dan Mansukh , ilmu Gharib al-Quran dan bidang-bidang lain yang bernaung di bawah Ulum al-Quran . 


3) Penulisan Dalam Bentuk Buku :
Pada kurun kedua Hijrah telah muncul berbagai kitab dalam berbagai bidang dalam kajian Ulum al-Quran . Bidang kajian pertama ialah ilmu Tafsir , kerana ia dianggap sebagai ibu kepada ilmu-ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran .